Thursday, November 25, 2010

mengenal haiwan

Cik kak ade buku menatang ni. dah lame dah beli, since dia blom pandai ckp... kengkadang dia bukak, kengkadang dia baling je.. maklum le, board book.. aku pon dah lame tak ajo dia name2 menatang dlm neh.. til last nite... teng teng teng..



mama : ni ape?
cik kak : nimau!

mama : ni?
cik kak : buwung atu.. tatotttt (becoz of the word 'hantu')


mama : ni?
cik kak : tatau.
mama : itik.
cik kak : itik!

mama : ni ape?
cik kak : dog! gug gug gugg!

mama : ni?
cik kak : nyio..
adik : chet chet chet... (bunyik cam panggil kucing tuh.. tetibe je kan.. haha)

mama : ni? butterfly!
cik kak : mukan! 
mama : abih tu? (aku dah blur giler dah time neh)
cik kak : name-name!
name-name pon, name-name lah!

all images credit drpd pakcik google.

Tuesday, November 23, 2010

kucheng..

Wawa Inn, Muadzam Shah.

cik kak : nenek kite nak buah..
nenek : nanti nenek buang biji.. ni buah ape ni? buah mate kucing? nak buah mate kucing ke?
cik kak : ..... (long silence..) mate nyio tanak...... (nyio = meow)
nenek : ahahaha.. ok ok.. 

p/s : main ngan nyio suke..

Friday, November 19, 2010

Tanggungjawab Menantu kepada Mentua

sape2 yg dah ade title 'menantu', sila la baca utk muhasabah diri.
(entry ini adelah kategori nota pesanan utk diri sendiri juga).

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita/wali tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki.

Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam. Apetah lagi yang memang sesama Islam.

ok la, panjang sgt nnt tak terbaca. bagi yang masih ego & pentingkan diri dalam hal rumahtangga, mahupun yg sudah tahu tapi nak tambah ilmu, boleh baca lebih lanjut dari sumber sini, sini & sini.

Thursday, November 18, 2010

raye haji 2010

1st raye adik dah nampak semat pakai baju melayu. sbb dah pandai jalan. raye pose ari tu dia blom reti jalan sendri lagik.. tp now dah over kondifen! berlari, memanjat, berguling etc...

 ini kakak tantek posing with baju kurung yang nenek beli. anak dara u... kat tangan rembat henpon pa'yom yg tgh gi smyang raye..

haa.. ni kakak ustajah.. tp jambul terkeluar & gelak mengilai. hihihihi

Tuesday, November 16, 2010

get wet!

kali ini kite buat ceta bergambar.. memandangkan piccas dlm fb aku dah delete, so, harap korang tabah la tggu gambo kat belog ni utk load. :-)

Sabtu, 13th November 2010, 10am, Sunway Lagoon.
Family Day kampeni hubby.




family photo. bebudak pegi dgn baju tido. kitorang hangkut dr umah maseh berkeadaan terbongkang. sampai sunway pon tido lagi. puas nak kejut!

.group photo. 


 cik kak dpt beg miki moss.. walaupon takde menang apepe. tapi nak gak beg miki moss.. seb baik ade belebeh-lebeh.

 ouwh.. sexy daddy tgh join games..

 adik terus lelap after about 2hours berendam. tak sempat nak buat ape. tapi aku buatkan jugak susu. dia minum sambil tido. abih sebotol walaupon nak bukak mata tak larat. nak pegang botol pon tak larat.. 

pix ngan cik kak je sbb adik dah tido..

 after 2hrs tido, adik dah bangun. sempat main lagik. seb baik kitorang blom gerak balik.

hugs!!! 

cik kak tuko shift. dia lak pancit.

while adik continue main + berjalan2... see, anak aku main pass baton.. camne mak pak dia nak ngedate?

peek-a-boo aka cakkk!!

kuar lagoon, masuk pyramid lak. makan2 + jalan2 sesket sbb dah pancit sgt rase. lagi pon, kononnye hubby patut ade keje midnite tuh.. 
reached home around 8pm.. then, baru dpt tau keje hubby mlm tu kensel. 

few pixs are from opismate hubby. Mr Woon kalo i tak salah. thanx!

Thursday, November 11, 2010

cik misi

scene 1.
dlm bilek nenek.

mama : jom, masuk bilek. tido.
cik kak : kite nak capu ubat nenek.
mama : ubat ape?
cik kak : capu kat kaki nenek. nenek cakit lutut. (pronounced as 'lu-tut'.. bukan lutot yg org biase sebut)
mama : ha, pegi la.
.
.
cik kak : kite nak capu ubat nenek.
nenek : takyah la. biar nenek buat.
cik kak : takyah.. nenek baying.. nenek baying je. kite capu..
nenek : ... (baring & kasik ubat sapu).. ok dah?
cik kak : locen lak.
nenek : ... (kasik losyen kat cik kak)
cik kak : ... (sapu losyen + gosok2 kaki nenek smp nenek pon terlelap!)
.
.
.
mama : aling, meh kite bobom. dah sapu locen nenek ke?
cik kak : dah. nak bacuh tanan.
nenek : betuah btol cucu pompuan sorang ni. hehe

----------------------------------------------------------------------------------
scene2
dlm bilek kitorang.

mama : ... (baring & amik ubat titik idung)
cik kak : ma, kite buat ma.
mama : takyah. mama buat sendiri. syg tak reti...
cik kak : kite picit la.
mama : ok..
dah titik je ubat kat idung, cik kak pon picit idung aku, konon2 nak kasik ubat tu meresap dlm idung. rase smp ke tekak taw.

p/s : dah jadik macam nurse anak dara nih.

blog ni dah jadik cam longgokan skrip sitkom pendek lak eh.. :-)

Thursday, November 4, 2010

mamai

dalam bilek
masuk tido around 1am.

kul 5am, cik kak bangun.

cik kak : ma.. ma.. kite yak..
mama : hmm.. gi ckp kat ayah.
cik kak : (crawl to ayah) ayah.. kite yak.
ayah : alaaaaaa...
cik kak : ma.. kite yakkk.
mama : ckp la kat ayah (sambil buat2 tido)
cik kak : ayah tido!
.
.
.
mama : jom la. bangun.

kat toilet
mama : mane ade yak!
cik kak : ade!
mama : mane? takde pon! (sambil tunjuk pampers)
cik kak : ade cikit!
mama : yela yela (padehal mmg takde ok)
.
.
.

kat living hall
cik kak : ma, kite nak pakai pampers ijau (sample pamper petpet yang ade 2keping je b4 ni)
mama : mane ade. dah abis la. pakai la pampers ni (sambil tunjuk huggies kaler biru)
cik kak : tanakkk... (start merengek)
mama : bole la.... (nak mengamuk tp tak larat sbb mamai giler)
cik kak : atal ni!
mama : gi amik bedak atas meja tu.. (sambil baring kat sofa)
cik kak : mama angan baying!
mama : pegi je la amik bedak tu cepatttt..
cik kak : kite nak tgk tiwi!
mama : ... (on kan tv)
cik kak : kite nak atunnnn!
mama : ... (meraban carik remote tukar cenel 611)
.
.
.
siap pakai pampers+seluar bagai, baring, carik port nak sambung tido.
cik kak : ma, kite nak cucu manash (read : susu panas)
mama : ... (bangun semula buat susu. then, sambung baring)
cik kak : nak cimut! (read : selimut)
mama : ... (amik selimut. sambung tido dpn tv)

haish... anak... anak... harap2 besor nnt, dia layan la balik permintaan2 kite laks.. ameen.

p/s : luangkan masa anda bersama parents. jangan asek bz jek. kang asal mama ajak je, mule la heboh penat la, ade opoimen ngan kawan la, malas la, ngantuk la etc. kalo parents kite asek bz dulu, kite takkan idop nyer skrang..