Friday, November 19, 2010

Tanggungjawab Menantu kepada Mentua

sape2 yg dah ade title 'menantu', sila la baca utk muhasabah diri.
(entry ini adelah kategori nota pesanan utk diri sendiri juga).

Seorang wanita apabila telah berkahwin, segala tanggungan dirinya adalah adalah dibawah tanggungan suaminya. Amanah ini terlah diserahkan oleh bapa wanita/wali tadi kepada suaminya.

Bagaimana pandangan Islam kedudukan wanita tersebuat terhadap ibu bapanya?

Islam amat menitik beratkan soal silaturahim, perhubungan sebagai anak dan ibu bapa perlu diteruskan seperti biasa. Wanita kena mentaati suaminya dan diberi keutamaan daripada arahan ibu bapanya kerana tanggungjawab dan ketaatan isteri perlu diberikan kepada suaminya. Walaubagaimana pun Islam melarang suami berlaku tidak adil kepada isterinya jika ada sesuatu keperluan ia ingin membantu ibu bapanya yang susah dan memerlukan bantuan.

Pihak suami perlu ingat bahawa setelah ia mengawini wanita tersebut ibu bapa mertuanya adalah telah menjadi mahramnya dan sama taraf dengan ibu bapanya sendiri. Perlulah diberi kasih sayang dan segala keperluan dan hajat mereka berdua jika mereka terdiri daripada orang miskin perlulah diberi bantuan .

Namun pendapat yg mengatakan anak perempuan langsung tidak mempunyai tanggungjawab terhadap ibu bapa selepas berkahwin adalah salah sama sekali. Cuba bayangkan jika ibu bapa itu mempunyai 6 orang anak dan kesemuanya adalah perempuan adakah penat lelah selama mereka membesarkan anak-anaknya langsung tidak akan dihargai anak-anaknya selepas anak-anak tersebut berumah tangga? Ini adalah sesuatu yang tidak adil memandangkan mereka tidak merancang untuk mempunyai anak perempuan semuanya.

Kalau seorang wanita perlu meletakkan suami sebagai individu yang sangat perlu ditaati selepas Allah dan Rasul, bagi lelaki pula dalam konteks menantu dan mentua, mereka mesti menghormati ibu mentua diikuti bapa mentua selepas Allah dan Rasul.

Islam meletakkan martabat yang tinggi terhadap ibu, bapa dan juga mentua, justeru tanggungjawab itu tidak boleh diabaikan oleh menantu lelaki.

Mengabaikan seorang daripada mentua seolah-olah mengabaikan ibu bapa sendiri. Kesejahteraan rumah tangga amat bergantung kepada sejauh mana tanggungjawab menantu terhadap ibu bapa mentua. Jika tanggungjawab itu diabaikan sudah tentu si isteri akan menjadi kurang selesa disebabkan ibu bapanya sendiri diabaikan oleh si suami.

Tegasnya, kedudukan ibu bapa sendiri dan mentua adalah sama tidak kira sama ada mentua beragama apa sekali pun, sama seperti tanggungjawab anak yang sudah memeluk Islam terhadap ibu bapanya yang belum memeluk Islam. Apetah lagi yang memang sesama Islam.

ok la, panjang sgt nnt tak terbaca. bagi yang masih ego & pentingkan diri dalam hal rumahtangga, mahupun yg sudah tahu tapi nak tambah ilmu, boleh baca lebih lanjut dari sumber sini, sini & sini.

0 angelic comments (thanx!):