Saturday, September 28, 2013

Lawatan sambil belajar

Cik kak : mama, tadi kan, cekgu ngan kawan2 sumer ckp nama mama.. ghamai2 sgt!
Me : ye ke.. ckp ape?
Cik kak : ni-ber-SI-TI-me-la-ya.. (read : universiti malaya)
Me : .....

Me : adik, nnt nk gi lawatan lg ke?
Adik : taknak.
Me : knp?
Adik : cikgu besar maghah (marah) adek..
Cik kak : taklah mama. Cikgu besar maghah budak blakang la! (Adik plak yg sentap!).

Friday, August 23, 2013

Pensel

Me : adek, kat skolah ade kaler byk x?
Adik : ade.. ehh!! Takde!!
Me : ye keeeee??
Adik : haah. ade kaler satu je mama. ITAM!

Tsk tsk..... pensel la syg..

Tuesday, August 13, 2013

Kucing Kepedasan

Cik kak : mama! Adek amik air bg kucim basah seluar!!
Me : ye ke?
Cik kak : haah! (Lari kuar bilik)
Adik : (masuk bilik...)
Me : basah ke suar adek? (Sambil raba2 sluar dia)
Adik : adek bg kucim air sbb makanan dia pedas!!!

Okke! Fine!

Sunday, July 21, 2013

Sahur

Me : syg, tdo cpt sok nk bgn sahur.
Cik kak : nak bgn nak bgn sahur! Mama kejut la anak mama...
Me : haa, tdo la cpt kang susah nk bgn. Kalo xmo bgn, mama siram air!
Cik kak : ok, air panas ye mama!

Cet. Igt nk mandi kat shower ke..

Sunday, July 14, 2013

Mama yang baik hati

Adik : Mama! Tgk ni mama! (Game angry bird ntah version yg mane satu ntah)
Me : Wah. Hebat ke?
Adik : Hebat! (Sambil tunjuk tumbs up). Mama tolon la donlod..
Me : (tekan2 paswed utk install)
Adik : Mama sgt baik sbb donlodkan game ni.....
Ehem..

Saturday, July 13, 2013

Puasa

Adik : mama.. adek nk bakan kokocrunch.
Cik kak : anak mama pon nak jugak!
Me : eh, kakak kan puase!
Cik kak : ala....
Me : adek pose tak?
Adik : adek kose! Eh, mama.. kose tu nak pegi mane??

Haish.. nway, kakak pon same2 mkn. Ok la tu, 1st trial utk berpuasa.. esok kite cube lagi..

Friday, July 12, 2013

Rumah terbakar panggil bomba

Adik : lumah terbakar panggil domba...
Me : bomba.
Adik : lumah terbakar panggil bomba... lumah terbakar panggil bomba...
Me : bomba dtg berlumba-lumba.
Adik : mama nyanyi la lagi...
Me : anak kambing patah kaki..
Adik : haaaa?? patah kakiiiii???? Bedaghah ke?? (And the question of wat where when why how started)...
To cut the story short.
Me : knp adek kesian ke?
Adik : xlah. Dia dh mati.
Me : xlah. patah kaki je la.
.....

Friday, June 7, 2013

My boipreng kecit

Adik : ehhh bunge laaa! (Sambil sengih2)
Me : haipp.. tu mama punyer laaa
Adik : mama nk kawen keee (stil sambil sengih2)
Me : haah..
Adik : alaa... mama nk kawen dgn ayah ke? (Dah sayu sket)
Me : iyer lah! Knp?
Adik : alaaa... adik nk kawen ngan mama..
Alahai boipreng kecit ni...

Wednesday, May 22, 2013

Bila kakak oberkondifen

Cik kak : nanti dapat nombor satu, anak mama nak adiah banyak2 sgt!
Me : wah.. hadiah ape? kite gi tido hotel la.
Cik kak : haah.. mmm.. satu adiah bukak dalam kete, lain2 lagi bukak kat o-tel.
Me : wahhh... hadiah ape yg byk2 tu?
Cik kak : mmm... nanti anak mama pikir dulu.

mmg ober-kompiden.

Saturday, May 18, 2013

Exam cik kak

Me : syg, pekse mcm mane?
Cik kak : ala.. senang je. Kacanggg!

Ober-kompiden okke.

Thursday, May 16, 2013

Hadiah Hari Guru

Aku masih ingat, mase skolah rendah dulu, ayah beli sejambak bunga plastik, potong setiap tangkai dan balut bunga tu satu2 siap ikat reben (mcm yg dah ready made kat kedai) supaye aku bleh kasik kat setiap cikgu yg mengajar aku... so sweet..

Selamat hari guru.

P/s : miss u, ayah!

Friday, May 3, 2013

Gutnite

Me : adek nk tdo ngan mama ke ngan nenek?
Adik : mmmm... nnt mama tdo sensowang ke?
Me : haah (sambil buat muka cembeng)
Adik : adek kan ade... adek kan jage mama...

Tuesday, April 2, 2013

Homework

Me : cikgu tny x kerja rumah ari tu?
Cik kak : tanye...
Me : ade x kawan tak siap keje rumah?
Cik kak  : takde.
Me : bagus. Sumer org buat. Anak mama pon buat.. (nasib baik.. pulun kitorg kerahkn dia siapkn keje last menet. Haha)
Cik kak : mama, nenek ckp keje rumah tu 'hom-bok'.
Me : homework la.
Cik kak : tak. Hom-bok! (Sambil geleng2 kepala).

Dia saje yg btul. Kene suh nenek yg ckp la cengginih.

Monday, April 1, 2013

Vain

Cik kak : mama, cube rase rambut anak mama. Halus dan lembut kan?
Me : iye.. (iye kan ajer) syampu ke?
Cik kak : taklah. Main kipas kat skolah. Camni (sambil selak rambut dgn jari)
Tsk tsk..


Friday, March 15, 2013

Sukan

"Mama, anak mama suke belatih sukan. Takyah belajar, pastuh main, makan, pastuh balik"
Nice.

Sukan PASTI Gombak
17th March 2013.

Thursday, March 7, 2013

Mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim


RAHIM HANYA ADA SATU..TIADA GANTI LAGI..JAGALAH IA SEBAIKNYA......

Tiada sesiapa memahami sakit senggugut, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit mengandung, kecuali wanita.
Tiada siapa memahami sakit bersalin, sama ada normal atau ceaser, kecuali wanita.
Even dalam proses pecah dara pun, tiada siapa yang tahu sakitnya pecah dara, kecuali wanita.

Bagitahu saya, adakah pengalaman2 yang mereka lalui ini terlalu enteng? Terlalu minimal? Terlalu sedikit?
Lalu berhakkah satu2 pihak mengatakan wanita berpantang ini hanya melalui salah satu proses yang BIASA? Tidak perlu dijaga? Tidak perlu dimanja? Tidak perlu berpantang?

"Sekiranya wanita mati dalam masa 40 hari selepas bersalin, dia akan dianggap sebagai mati syahid." Sungguh tinggi darjat wanita.

Lalu mengapa ada wanita sendiri yang mengabaikan darjat yang disediakan untuknya? Mengapa ada suami yang dengan senang-lenangnya melayan ibu di dalam pantang seperti hamba?

Jangan hanya kerana sang ibu sudah boleh berjalan, boleh makan, boleh tersenyum, boleh ketawa, kalian menganggap dia kuat. Sedangkan kalian tidak dapat membayangkan bagaimana nyawa mereka dihujung jantung semasa meneran dan mengeluarkan bayi mereka di dewan bersalin. Sedangkan kalian tak tahu bagaimana perut mereka dilapah 7 lapisan, termasuk rahim dihiris, satu persatu demi menzahirkan seorang anak.

Dan kepada wanita. Rahim anda hanya sebesar buah pear. Disitu anda melayan suami saban malam, mengeluarkan darah haid saban bulan, mengeluarkan bayi saban tahun.

Sebiji buah pear, mengeluarkan seorang manusia?

Lalu, jika dapat difikir menggunakan akal, jika dapat dihisab menggunakan fikiran, betapa tenatkah rahim anda sekarang? Atau akan datang?

Maka, sayangilah rahim anda. Janganlah ditenatkan lagi rahim yang sudah bekerja keras setiap detik untuk anda. Berpantanglah.


Dan untuk suami yang menganggap ini semua perkara enteng. Bukan sesuatu yang enteng melahirkan anak yang tak tahu mengenang pengorbanan rahim seorang wanita, iaitu rahim ibu2 kalian. Jika tiadapun perasaan malu, sekurang2nya adalah sedikit perasaan kesian. Jika anda masih layak bergelar suami.

Ada sebab mengapa syurga di bawah tapak si pemilik rahim.

Friday, February 15, 2013

10 Kesalahan Popular Suami Terhadap Isteri


1. Tidak mengajarkan AGAMA dan HUKUM syariat kepada isteri

Banyak kita dapati para isteri tidak mengetahui bagaimana cara solat yang betul, hukum haid & nifas, bertingkahlaku/berperilaku terhadap suami secara tidak syar’ie & tidak mendidik anak-anak secara Islam. Bahkan ada yang terjerumus ke dalam pelbagai jenis kesyirikan. Yang menjadi perhatian seorang isteri hanyalah bagaimana cara memasak & menghidangkan makanan tertentu, cara berdandan yang cantik dsb. Tidak lain semua kerana tuntutan suami, sedangkan masalah AGAMA, terutama ibadahnya tidak pernah ditanyakan oleh suami.

Padahal Allah s.w.t berfirman yang bermaksud:

“Hai orang–orang yang beriman, peliharalah dirimu & keluargamu dari api neraka yang bahan bakarnya adalah manusia & batu, penjaganya malaikat – malaikat yang kasar, keras & tidak mendurhakai Allah terhadap apa yg di perintahkan-Nya kpd mereka & selalu mengerjakan apa yang diperintakan” {Al-Quran, Surah At-Tahrim:6}

Maka para suami diminta untuk tidak sesekali mengABAIkan hal ini, kerana semuanya akan diminta dipertanggungjawapkan keatasnya. Hendaklah benar-benar mengajarkan agama kepada isterinya, baik dilakukan sendiri atau melalui perantara. Antara lain yang dapat dilakukan; menghadiahkan buku-buku tentang Islam & hukum-hukumnya serta berbincang bersama-sama, kaset/cd ceramah, mengajak isterinya menghadiri ke majlis-majlis ILMU yang disampaikan oleh orang-orang yang berilmu dsb.. (yang paling praktikal.. ajaklah solat berjemaah di rumah atau di surau/masjid misalnya)


2. Suka mencari kekurangan & kesalahan isteri

Dalam suatu hadith riwayat Bukhari & Muslim, Rasulullah s.a.w melarang lelaki yang berpergian dalam waktu yang lama, pulang menemui keluarganya di waktu malam, kerana dikhuatirkan akan mendapati berbagai kekurangan isteri & cela isterinya. Bahkan suami diminta bersabar & menahan diri dari kekurangan yang ada pada isterinya, juga ketika isteri tidak melaksanakan kewajipannya. Kerana suami juga mempunyai kekurangan & celaan seperti sabda Rasulullah:

“Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” {H.R. Muslim}


3. Memberi hukuman yang tidak sesuai dengan kesalahan isteri

Ini termasuk bentuk kezaliman terhadap isteri, antara lain iaitu:

(a) Menggunakan pukulan di tahap awal pemberitahuan hukuman {sila rujuk Al-Quran, Surah An-Nisa : 34}
(b) Mengusir isteri dari rumahnya tanpa ada kebenaran secara syar’ie {sila rujuk Al-Quran, Surah Ath-Thalaq : 1}
(c) Memukul wajah, mencela dan menghina.

Dalam as-Sunan dan al-Musnan dari Mu’awiyah bin Haidah al-Qusyairi bahawa ia berkata: “Ya Rasulullah, apakah HAK isteri atas suaminya?

Nabi s.a.w menjawab: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak menghajar(boikot) kecuali di dalam rumah.” {H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani}


4. Culas dalam memberi nafkah kepada isteri

“Dan ibu-ibu hendaklah menyusukan anak-anak mereka selama dua tahun genap iaitu bagi orang yang hendak menyempurnakan penyusuan itu; dan kewajipan bapa pula ialah memberi makan dan pakaian kepada ibu itu menurut cara yang sepatutnya. Tidaklah diberatkan seseorang melainkan menurut kemampuannya. Janganlah menjadikan seseorang ibu itu menderita kerana anaknya, dan (jangan juga menjadikan) seseorang bapa itu menderita kerana anaknya; dan waris juga menanggung kewajipan yang tersebut (jika si bapa tiada). kemudian jika keduanya (suami isteri mahu menghentikan penyusuan itu dengan persetujuan (yang telah dicapai oleh) mereka sesudah berunding, maka mereka berdua tidaklah salah (melakukannya). Dan jika kamu hendak beri anak-anak kamu menyusu kepada orang lain, maka tidak ada salahnya bagi kamu apabila kamu serahkan (upah) yang kamu mahu beri itu dengan cara yang patut. Dan bertaqwalah kamu kepada Allah, serta ketahuilah, sesungguhnya Allah sentiasa melihat akan apa jua yang kamu lakukan.” {Al-Quran, Surah Al-Baqarah : 233}

Isteri BERHAK mendapatkan nafkah, kerana dia telah membolehkan suaminya bersenang–senang kepadanya, dia telah mentaati suaminya, tinggal di rumahnya, mengasuh & mendidik anak-anaknya. Dan jika isteri mendapati suaminya culas dalam memberi nafkah, bakhil, tidak memberikan nafkah kepadanya tanpa ada pembenaran syar’ie, maka dia boleh mengambil harta suami untuk mencukupi keperluannya secara ma’ruf (tidak berlebihan) meskipun tanpa sepengetahuan suaminya.

Sabda Rasulullah s.a.w: “Jika seorang muslim mengeluarkan nafkah untuk keluarganya sedangkan dia mengharapkan pahalanya, maka nafkah itu adalah sedekah baginya.” {Muttafaq ‘alaih}


5. Sikap keras, kasar, tidak lembut terhadap isteri

Rasulullah s.a.w bersabda: “Mukmin yang paling sempurna adalah yang paling baik akhlaknya. Dan sebaik–baik kalian adalah yang paling baik tehadap isteri-isterinya.” {H.R. at-Tirmidzi, disahihkan oleh Syeikh Albani}

Maka suami hendaklah berakhlak baik terhadap isterinya dengan bersikap lembut & menjauhi sikap kasar.


6. Kesombongan suami membantu isteri dalam urusan rumahtangga

Ini kesalahan yang paling banyak MENJANGKITI para suami. Padahal lelaki yang paling UTAMA yakni Rasulullah s.a.w tidak segan silu membantu pekerjaan isterinya.

Ketika Aisyah r.ha ditanya tentang apa yang dilakukan Rasulullah s.a.w di rumahnya, beliau menjawab:

“Beliau membantu pekerjaan isterinya & jika datang waktu solat, maka beliau pun keluar untuk solat.” {H.R. Bukhari}


7. Menyebarkan rahsia dan aib isterinya

“Sesungguhnya diantara orang yang paling buruk kedudukannya di sisi Allah pada hari kiamat adalah seseorang yang menggauli isterinya & isterinya menggaulinya kemudian dia menyebarkan rahsia-rahsia isterinya.” {H.R. Muslim}

Dalam hadith ini diHARAMkan seorang suami menyebarkan apa yang terjadi antara dia dengan isterinya terutamanya di tempat tidur. Juga diharamkan menyebutkan perinciannya, serta apa yang terjadi pada isterinya baik berupa perkataan mahupun perbuatan lainnya.


8. Sikap terburu-buru dalam menceraikan isteri

Wahai suami yang mulia, sesungguhnya hubungan antara engkau & isterimu adalah hubungan yang kuat lagi suci, oleh keranyalah Islam menganggap penceraian adalah perkara besar yang tidak boleh diremehkan kerana penceraian akan menyeret kepada kerosakan, kacau bilaunya pendidikan anak dsb. Dan hendaknya perkataan cerai/talak itu tidak digunakan sebagai bahan gurauan/mainan. Kerana Rasulullah s.a.w teleh bersabda: “Ada 3 hal yang kesungguhannya dan gurauannya sama-sama dianggap sungguh-sungguh iaitu: NIKAH, TALAK (cerai) dan RUJUK.” {H.R. Abu Daud, at-Tirmidzi dan Ibnu Majah, dinilai “hasan” oleh asy-Syeikh Albani}

Memang perselisihan antara suami isteri sering terjadi kadang sampai mengarah kepada penceraian. Akan tetapi penceraian ini tidak boleh dijadikan sebagai langkah pertama dalam penyelesaian perselisihan ini. Bahkan harus diusahakan berbagai cara untuk menyelesaikannya, keran kemungkinan besar akan banyak rasa penyesalan yg ditimbulkan dikemudian hari kelak.

Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melapor: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” {H.R. Muslim}


9. Berpoligami tanpa memperhatikan ketentuan syari’at

Menikah untuk kedua kali, ketiga dan keempat kali merupakan salah satu perkara yang Allah syariatkan. Akan tetapi yang menjadi catatan di sini bahawa sebahagian orang yang ingin menerapkan syariat ini/telah menerapkannya tidak memperhatikan sikapnya yang tidak memenuhi kewajipan serta tanggungjawab terhadap isteri. Terutama isteri pertama & anak-anaknya.

“Kemudian jika kamu takut tidak akan dapat berlaku adil, maka (kahwinlah) seorang sahaja.” {Al-Quran, Surah An-Nisa : 3}

Sikap ini merupakan KEADILAN yang diperintahkan Allah s.w.t. Memang benar berpoligami merupakan syariat Islam, tetapi jika seseorang tidak mampu melaksanakannya dengan baik & tidak memenuhi syarat-syaratnya atau tidak boleh memikul tanggungjawabnya, hal ini boleh menjuruskan kerosakan sesebuah rumahtangga, menghancurkan anak-anak & menambah permasalahan keluarga & juga kepada masyarakat. Maka fikirkanlah akibatnya & perhatikanlah dengan saksama perkaranya sebelum masuk ke’dalam’nya.


10. Lemahnya kecemburuan

Para suami memBIARkan keelokan, keindahan & kecantikan isterinya DINIKMATI & DIPERTONTONkan oleh ramai orang. Dia memBIARkan isterinya menampakkan auratnya ketika keluar rumah, membiarkan berkumpul dengan lelaki-lelaki lain. Bahkan sebahagian ada yang BANGGA kerana telah memiliki isteri yang cantik yang boleh dinikmati ‘pandangan’ kebanyakan orang. Padahal wanita dimata Islam adalah makhluk yang SANGAT mulia, sehingga keindahan & keelokannya hanya diperuntukkan atau DIKHUSUSkan buat suaminya sahaja tidak sesekali di’jaja’ kemana-mana pun.

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap istrinya tidak akan membiarkan isterinya berjabat tangan dengan lelaki lain yang BUKAN mahram.

“Ditusukkan kepala seorang lelaki dengan jarum dari besi lebih baik daripada dia menyentuh seorang wanita yang tidak halal baginya.” {lihat dalam ash-Shahihah : 226}

Seorang suami yang memiliki kecemburuan terhadap isterinya, dia akan memperhatikan sabda Rasulullah s.a.w: “Janganlah kalian masuk menemui para wanita.” lalu seorang Ansar berkata, “Wahai Rasulullah, bagaimana dengan al-hamwu (kerabat suami)?” Beliau mengatakan, “Al- hamwu adalah kematian.” {Muttafaq ‘alaih}

Perhatikan juga ancaman Rasulullah s.a.w terhadap lelaki yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarga (isteri):

“Tiga golongan yang Allah s.w.t tidak akan melihat mereka pada hari kiamat iaitu seseorang yang derhaka kepada kedua orang tuanya, wanita yang menyerupai lelaki dan ad-Dayyuts” {H.R. An-Nasa’i dinilai ‘hasan’ oleh syeikh Albani, lihat ash-Shahihah : 674}

Dan ad-Dayyuts(dayus) adalah LELAKI yang tidak memiliki kecemburuan terhadap keluarganya.

Semoga bermanfaat buat kita semua.. insyaAllah

source

Thursday, February 14, 2013

Monogami Sunnah Yang Dilupakan!


Berkahwin lagi satu itu bolehboleh saja asalkan seorang lelaki sanggup didik isteri jadi solehah, anak-anak tidak memberontak dan mesti adil dalam menguruskan kewangan keluarga. Malangnya para suami yang dibuai angan-angan nak tegakkan sunnah kecundang dek kejahilan mengurus hawa nafsunya sendiri. Bagaimana pula mana kalau yang berpoligami itu ustaz? Alasannya kerana wanita itu yang menyerahkan diri minta dikahwini. Nak selamatkan akidah, nak selamatkan maruah, nak selamatkan hartanya daripada fitnah. Peliknya hanya dia seorang lelaki sajakah yang layak mengemban tugas itu dari berjuta lelaki bujang di luar sana? Bukankah tugas ulama cukup berat menanggung duka umat, jika dia masih ada masa untuk berkongsi duka dengan seorang wanita sehingga melupakan duka umat tidakkah pelik? Oleh itu cukup sulit menemukan ulama yang bukan ulama biasa! Sepertimana cukup susah menilai seorang suami itu bukan suami biasa.

Semua lelaki sama dalam menilai seteguk kenikmatan bernama kahwin, yang membezakan mereka hanya iman dan ilmu. Kejahilan seorang lelaki dalam mempertimbangkan kewarasannya untuk berpoligami boleh merosakkan agamanya. Jika ilmu berpoligami yang dipelajari dari kitab sunnah tidak mampu diaplikasikan dalam kehidupan sebenar, apalagi yang boleh menyelamatkan suami dari bala yang akan datang? Mengapa para suami yang mengaku membela sunnah tidak disibukkan dengan mengurus keluarga mengikut sunnah? Mengapa hanya poligami yang sentiasa dipromosikan sebagai sunnah Nabi SAW sedangkan monogami tidak? Bukankah Allah SWT dalam fi rman-Nya juga menyebut jika kamu takut tidak dapat berlaku adil maka kahwinilah seorang saja.” (Surah al-Nisa ayat: 3)

Bagaimana pula jalan mengikut sunnah Nabi dengan cara bermonogami? Mengikut pandangan seorang suami dan pejuang umat sehebat syaikh Hassan al-Banna bukankah kewajipan lelaki itu lebih banyak daripada masa yang mereka ada? Apakah kerana banyaknya masa kosong menyebabkan para suami mudah terjangkit penyakit angau? Bagaimana pula nak membuat suami jadi sibuk dan tiada ada masa layan angaunya? Eloklah para isteri tengok-tengokkan suami yang suka membuang masa. Malangnya susah sangat nak lihat suami buang masa, kebanyakan mereka memang sibuk dengan kerjaya dan urusan perniagaannya. Betulkah begitu? Takkah seratus peratus betul, mungkin suami pura-pura sibuk di depan isteri manalah tahu! Sehingga isteri jatuh kasihan dan tak sampai hati meminta tolong kepada suami untuk uruskan rumah tangga dan anak-anak bersama-sama. Malangnya suami yang terbiasa dimanja isteri ini jadi tak berhati perut, tinggalkan isteri keseorangan menanggung beban menjaga anak-anak sementara dia bukan main seronok bersama perempuan lain. Duit gaji pun tak sampai ke mulut anak-anak kerana meraikan cinta baru sehinggakan isteri terpaksa mencari nafkah sendiri!

Di manakah sunnah Nabi yang membela para isteri daripada suami-suami tak amanah sebegini? Rasulullah SAW bersabda: “Hendaklah engkau memberinya makan jika engkau makan, memberinya pakaian jika engkau berpakaian, tidak memukul wajah, tidak menjelek-jelekkan & tidak memboikot kecuali di dalam rumah.” (H.R. Ibnu Majah disahihkan oleh Syeikh Albani) Sudahlah wang tak cukup, pinjam pula gaji isteri kemudian mengata isteri sendiri demi untuk mengambil hati perempuan lain. Bukankah perbuatan ini amat ditegah oleh sunnah? Rasulullah SAW bersabda: “Janganlah seorang suami yang beriman membenci isterinya yang beriman. Jika dia tidak menyukai satu akhlak darinya, dia pasti meredhai akhlak lain darinya.” (H.R. Muslim) 

Sikap suami yang menzalimi isterinya demi wanita lain ini bukanlah perbuatan mengikut sunnah sama sekali bahkan boleh menyebabkan rumah tangga bercerai-berai, hal ini sesuai dengan hadis Nabi SAW yang mengecam para suami yang menceraikan isteri. Rasulullah s.a.w bersabda: “Sesungguhnya Iblis meletakkan singgahsananya di atas air (laut), kemudian ia mengutus para tenteranya. Maka tentera yang paling dekat dengan Iblis adalah yang paling besar fitnahnya (penyesatannya). Maka datanglah salah satu tenteranya dan melapor: Aku telah melakukan ini dan itu, maka Iblis berkata: Engkau belum melakukan apa-apa, kemudian datanglah tentera yang lain dan melaporkan: Aku telah menggodanya hingga akhirnya aku menceraikannya dengan isterinya. Maka Iblis pun mendekatkan tentera syaitan ini di sisinya lalu berkata: Engkau tentera terbaik.” (H.R. Muslim) 

Jadi kepada suami janganlah mendabik dada kononnya hendak tegakkan sunnah berpoligami, jika penghujungnya hanya menceraikan isteri tua bukankah perbuatan anda ini diatas telunjuk syaitan bukannya sunnah?

image : google
Oleh:Editorial Mingguan Wanita
source

Thursday, February 7, 2013

DIDIKAN ANAK-ANAK MENURUT ISLAM


1) Jangan pukul anak dari lutut ke atas

2) Jangan gunakan tangan / anggota tubuh kita utk memukul anak dengan tangan dan jangan sesekali menampar anak pakai tangan kita. nanti anak jadi bertambah degil dan nakal dan tak boleh control

3) Rotan/pukul anak di telapak kakinya . Secara saintifiknya ada kaitan dengan refleksologi dan merangsang ke bahagian otak

...Sabda Rasulullah s.a.w.
“Berguraulah dengan anak kamu kala usianya satu hingga tujuh tahun. Berseronok dengan mereka, bergurau hingga naik atas belakang pun tak apa. Jika suka geletek, kejar atau usik anak asalkan hubungan rapat. Lepas tujuh hingga 14 tahun kita didik dan ajar, kalau salah pukullah dia (sebagai pengajaran)”

4) Mulakanlah hidup anak anda dengan nama panggilan yang baik. Nama panggilan yang kurang baik akan menyebabkan anak anda malu dan merasa rendah diri. (Dalam Islam sendiri nama panggilan yang baik adalah digalakkan).

5) Berikan anak anda pelukkan setiap hari (Kajian menunjukkan anak yang dipeluk setiap hari akan mempunyai kekuatan IQ yg lebih kuat daripada anak yang jarang dipeluk)

6) Pandanglah anak anda dengan pandangan kasih sayang (Pandangan ini akan membuatkan anak anda lebih yakin diri apabila berhadapan dengan persekitaran)

7) Berikan peneguhan setiap kali anak anda berbuat kebaikan (Berilah pujian, pelukkan, ciuman, hadiah ataupun sekurang-kurangnya senyuman untuk setiap kebaikan yang dilakukannya).

8) Janganlah mengharapkan anak anda yang belum matang itu melakukan sesuatu perbuatan baik secara berterusan, mereka hanya kanak-kanak yang sedang berkembang. Perkembangan mereka buatkan mereka ingin mengalami setiap perkara termasuklah berbuat silap.

9) Apabila anda berhadapan dengan masalah kerja dan keluarga, pilihlah keluarga (Seorang penulis menyatakan anak-anak terus membesar. Masa itu terus berlalu dan tak akan kembali).

10) Di dalam membesarkan dan mendidik anak-anak, janganlah mengeluh. Keluhan akan membuatkan anak-anak merasakan diri mereka beban.

11) Dengarlah cerita anak anda, cerita itu tak akan dapat anda dengari lagi pada masa akan datang. Tunggu giliran anda untuk bercakap (Ini akan mengajar anak anda tentang giliran untuk bercakap)

12) Tenangkan anak anda setiap kali mereka memerlukannya.

13) Tunjukkan kepada anak anda bagaimana cara untuk menenangkan diri. Mereka akan menirunya.

14) Buatkan sedikit persediaan untuk anak-anak menyambut harijadinya. Sediakanlah hadiah harijadi yang unik walaupun harganya murah. Keunikan akan membuatkan anak anda belajar menghargai. (Anak2 yg dtg daripada persekitaran yang menghargai akan belajar menghargai orang lain).

15) Kemungkinan anak kita menerima pengajaran bukan pada kali pertama belajar. Mereka mungkin memerlukan kita mengajar mereka lebih daripada sekali.

16) Luangkanlah masa bersama anak anda diluar rumah, peganglah tangan anak-anak apabila anda berjalan dengan mereka. Mereka tentu akan merasa kepentingan kehadiran mereka dalam kehidupan anda suami isteri.

17) Dengarlah mimpi ngeri anak-anak anda. Mimpi ngeri mereka adalah begitu real dalam dunia mereka.

18) Hargailah permainan kesayangan anak anda. Mereka juga dalam masa yang sama akan menghargai barang-barang kesayangan anda. Elakkan daripada membuang barang kesayangan mereka walaupun sudah rosak. Mintalah kebenaran mereka sebelum berbuat demikian.

19) Janganlah membiarkan anak-anak anda tidur tanpa ciuman selamat malam,

20) Terimalah yang kadangkala anda bukanlah ibubapa yang sempurna. Ini akan mengurangkan stress menjadi ibu bapa.

21) Jangan selalu membawa bebanan kerja pejabat ke rumah. Anak-anak akan belajar bahawa kerja pejabat selalunya lebih penting daripada keluarga.

22) Anak menangis untuk melegakan keresahan mereka tetapi kadangkala cuma untuk sound effect sahaja. Bagaimanapun dengarilah mereka, dua puluh tahun dari sekarang anda pula yang akan menangis apabila rumah mula terasa sunyi. Anak-anak anda mula sibuk mendengar tangisan anak mereka sendiri.

“Anak- Anak ibarat kain putih. Ibu bapa lah yang mencorakkannya menjadi yahudi, nasrani atau majusi”

Tuesday, February 5, 2013

Contohi Rasulullah Bimbing Isteri

Suami perlu amanah hiasi rumah tangga dengan mawaddah, rahmah

Isteri adalah amanah Allah kepada suami, begitu juga sebaliknya. Apabila disebut sebagai amanah bermakna ia bakal ditanya dan disoal di akhirat kelak. Mengikut Imam al-Ghazali perkara yang paling berat untuk dilaksanakan adalah amanah.

Sabda Rasulullah SAW dalam hadisnya bermaksud, “Takutlah kepada Allah, di dalam memimpin isteri-isterimu, kerana sesungguhnya mereka adalah amanah yang ada di sampingmu, barang siapa tidak memerintahkan supaya isterinya mengerjakan solat, dan mengerjakan agama kepadanya, maka ia khianat kepada Allah dan Rasul-Nya.”


Kes keganasan rumah tangga

Penulis berkesempatan mengikuti perbicaraan kes di Mahkamah Rendah Syariah di sebuah daerah di utara tanah air baru-baru ini. Agak memeranjatkan apabila realitinya masih banyak kes membabitkan keganasan dalam rumah tangga terutama kes suami memukul isteri sehingga mendatangkan kecederaan serius berlaku.

Akhirnya isteri memohon fasakh dan lebih menyedihkan lagi jika pasangan mempunyai anak, maka zuriat menjadi mangsa. Fenomena ini berlaku disebabkan si suami tidak merasai bahawa isteri yang dinikahinya itu adalah amanah Allah SWT untuk menjaganya.

Rasulullah berpesan yang bermaksud:Sesungguhnya apabila seorang suami menatap isterinya dan isterinya membalas pandangan (dengan penuh rasa kasih sayang), maka Allah menatap mereka dengan pandangan kasih mesra dan jika suami membelai tangan isterinya, maka dosa mereka jatuh berguguran disela-sela jari tangan mereka.” (Hadis riwayat Abu Sa’id)

Betapa hebatnya ganjaran Allah buat suami isteri yang menghiasi rumah tangga yang dibina dengan mawaddah dan rahmah.

Sabda Baginda yang bermaksud: “Sebaik-baik kamu adalah yang terbaik terhadap keluarganya dan aku adalah yang terbaik daripada kamu terhadap keluargaku. Orang yang memuliakan kaum wanita adalah orang yang mulia, dan orang yang menghina kaum wanita adalah orang yang tidak mempunyai budi pekerti.” 


Garis panduan tangani isteri nusyuz

Islam meletakkan garis panduan jelas bagi suami dalam menangani masalah isteri nusyuz atau derhaka. Namun tindakan mencederakan isteri dengan alasan isteri derhaka tidak dibenarkan oleh syarak. Apatah lagi kekasaran itu dilakukan disebabkan ketidakpuasan hati terhadap isteri atas perkara kecil. Rasulullah SAW menasihatkan suami yang memukul isterinya dengan sabda:
“Janganlah salah seorang dari kamu dengan sengaja memukul isterinya seperti memukul hamba kerana pada akhirnya kamu akan menidurinya juga.” 

Jadikan kisah yang berlaku kepada Saidina Umar al-Khattab sebagai panduan. Diriwayatkan bahawa seorang lelaki pergi ke rumah Umar untuk mengadu perihal isterinya. Maka dia berhenti di hadapan pintu rumah Umar sambil menunggu beliau keluar.

Ketika itu lelaki itu terdengar isteri Umar meleteri beliau dan khalifah itu hanya berdiam saja. Melihat yang demikian, lelaki itu terus pulang ke rumahnya sambil berkata sendirian: “Jika itu tindakan Umar terhadap isterinya sedangkan umum mengetahui sikap Umar yang garang dan tegas, maka siapalah aku ini.”

Akan tetapi Umar ternampak lelaki ini melewati hadapan rumahnya dan lantas memanggil lelaki itu bertanyakan tujuan dia datang mencarinya.

Lelaki itu berkata:“ Wahai Amirul Mukminin aku datang ke rumahmu untuk mengadu perihal isteriku yang suka meleteriku, akan tetapi aku terdengar isterimu juga meleterimu, sedangkan engkau seorang Amirul Mukminin.” 

Maka Umar menjawab: “Wahai saudaraku, aku berdiam ketika isteriku meleteriku kerana isteriku sudah menunaikan segala haknya ke atasku, dia yang memasak untukku, membuat roti untukku, membasuh segala bajuku dan menyusukan semua anak-anakku, sedangkan semua itu bukanlah perkara yang wajib dilakukannya. Apabila aku ingat kembali semuanya itu aku tidak memarahinya kerana berleter." 

Berkata lelaki itu: “Begitu jugalah perihal isteriku”.

Jawab Umar: “Ingatlah segala jasanya padamu, sesungguhnya keadaan itu hanyalah sementara.” 


Isteri sebagai teman

Ringkasnya, wahai suami, marilah kita contohi Baginda Nabi Muhammad SAW, Umar dan sahabat lain dalam mengemudi rumah tangga. Jadikanlah isteri sebagai teman. Jika suami impikan isteri solehah sudah pasti kita sendiri perlu berusaha menjadi seorang suami soleh.

source

Saturday, February 2, 2013

Poo-poo

adik : mama, beghak dah datang..
me : aaaaaaa?? datang mane?
adik : mmmm... ponggong adek..

Saturday, January 5, 2013

Cuti

Adik, bgn pagi trus berlari pegi dpn tv. Eh, gostan blk sbb nmpk mama dia kat dapo. Ran to me then gosok2 muka dia kat my baju. Undur sket sambil mata terkebil2, and he asked...
Adik : mama pakai baju tdo ke baju work?
Me : baju tdo la.. (kompius. Rasenye mmg jauh beza bj keje ngan bj tdo aku)
Adik : ok. Mama, nk tgk katun.

Oooo... nk check dulu le tu, ari ni cuti ke work..